Sejarah Ringkas


[INFO]
Pandangan dari atas Masjid Darul Muttaqin.
Gambar ihsan daripada Capikmuhd Videomaker
TAHUKAH ANDA?
Masjid Darul Muttaqin ini mempunyai sejarah yang panjang, bermula sekitar tahun 1920-an lagi. Ia pernah dikenali sebagai 'Masjid Sungai Udang' kemudiannya 'Masjid Nurul Ehsan' sebelum bertukar ke nama sekarang.
Rekabentuk Masjid Darul Muttaqin ini mencontohi rekabentuk Masjid Agung Demak, masjid pertama dan tertua di Tanah Jawa yang dibina pada tahun 1479.

Tapak asal masjid difahamkan dikawasan padang sekolah rendah - info jemaah lama, masjid asalnya adalah kayu dan berbumbungkan nipah - rujukan lakaran masjid lama (Masjid Sg Udang),


Selepas itu tapak masjid tersebut berpindah ke lokasi sekarang cuma keluasan masjid lama hanya diserambi kanan keluasan yang sama - info setempat, Rekabentuk adalah kubah masjid berkubah bawang dan menara berbentuk payung tertutup separuh - sumber rujukan lakaran masjid lama (Masjid Nurul Ehsan),


Akhir sekali Rekabentuk asal dikembalikan semula, asalnya kawasan dewan solat utama dan sekitarnya adalah rumah-rumah yang telah diwakafkan untuk membangunkan masjid sekarang ilham adalah Arwah Ust Hj Ghazali Hj Sirat - info setempat (Masjid Darul Muttaqin)


Ikuti Kami